mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Ladang Strawberry Tanah Rendah Felda Palong 15

Tempat menarik yang ada di sekitar Felda Palong dan mendapat sambutan yang memberansangkan dari komuniti sekitar iaitu Ladang Strawberry Tanah Rendah Felda Palong 15 yang mempunyai tanaman strawberry yang segar dengan iklim cuaca yang biasa. Ladang ini diusahakan oleh Encik Mohd Pilus dan isterinya Norfazilah Borhan. Selain menjual hasil buah strawbery beliau juga menjual anak benih buah strawbery dan sayuran yang lain serta inovasi mereka tersendiri menghasilkan nasi lemak sambal strawbery serta variasi aiskrim daripada hasil tanamannya iaitu strawberry.