mcmc
Maklumat Setempat

Jadilah Penjual Ubat Yang Bertanggungjawab!

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau iklan dan penjualan ubat secara online. Berikut merupakan statistik iklan ubat yang diturunkan daripada platform e-Dagang. Iklan-iklan tersebut melanggar Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Kepada penjual ubat online!

Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1️⃣ Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)
2️⃣ Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)