mcmc
Maklumat Setempat

Status Covid-19 Di Negeri Sembilan Pada 19 Mei 2020

Sehingga 19 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 776 kes.

Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 161 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 111 kes dari Kluster Sendayan dengan 1 kematian.

Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.