Sehingga 6 Jun 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat LIMA (5) KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 910 kes.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 259 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 112 kes dari Kluster Sendayan dengan satu (1) kematian.
Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan (8) kes.
#covid19
#dudukrumah
#stayathome
#mcmc
#pusatinternet
