Encik Mahathir dan Puan Mariati merupakan anak generasi kedua di Felda Palong 5. Beliau mempunyai 7 cahaya mata dan sangat berminat didalam bidang perniagaan dan sering mencuba perniagaan yang baru bagi menambah pendapatan mereka. Mereka membekalkan barangan perkakasan elektrik disekitar Palong, Gemas dan Tampin. Selain itu, kedai mereka menjadi pilihan utama penduduk sekitar kerana bumiputra dan harga yang sangat berpatutan. Beliau juga telah mempunyai kedai di Pusat Bandar Palong 4,5,6 dan sangat kosisten dengan perniagaannya dan beliau sangat berpuas hati kerana menjadi pilihan utama pelanggan.