mcmc
Makanan

Bubur Ayam Nayliniyaz

Encik Fazli merupakan anak generasi kedua Felda Palong 4. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Pada asalnya beliau bekerja di beberapa tempat sekitar Pusat Bandar Palong dan kini beliau mengambil peluang untuk berniaga dengan menjual bubur ayam dan ayam goreng. Gerai Encik Fazli dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dan beroperasi pada pukul 4.00 Petang hingga 8.00 malam. Bubur dan ayam goreng yang dihasilkan mereka mendapat tumpuan komuniti sekitar Palong 4,5,6. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya kini dan mendapat sambutan yang sangat memberansangkan.