mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Mahir Masak – Mocktail

Tarikh:2 Januari 2025
Masa:4.00 Petang – 5.00 Petang
Peserta:3 Orang
Lokasi:NADI Felda Palong 5

Tujuan:

Program ini direka untuk meningkatkan kemahiran individu dalam bidang-bidang tertentu, seterusnya membantu dalam pertumbuhan ekonomi tempatan dan meningkatkan taraf hidup komuniti. Program NADI MAHIR menyediakan latihan praktikal, bimbingan, dan sokongan kepada peserta, dengan matlamat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang yang diminati. Ini selaras dengan usaha untuk memupuk pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuh daya saing individu dalam pasaran kerja.

Aktiviti :

Peserta hadir dan log masuk ke kelas masing-masing. Tenaga pengajar memberikan penerangan bagaimana untuk membuat Mocktail dengan pelbagai variasi. Semua peserta membuat mocktail secara praktikal bersama rakan-rakan yang lain. Sesi Q&A dijalankan dan perkongsian mocktail dijalankan.

Gambar