mcmc
Laporan Aktiviti

E-Kerajaan- Pendaftaran Permohonan Tabung Pembagunan Usahawan Negeri Sembilan (Tuns)

Tarikh:13 Februari 2025
Masa:11.00Pagi – 1.00Petang
Peserta:7 Orang
Lokasi:NADI Felda Palong 5

Tujuan:-

Kelas ini dijalankan bagi memudahkan urusan usahawan untuk mengetahui tentang cara-cara untuk mengisi data permohonan secara atas talian. Penerangan diberikan oleh petugas dengan terperinci dan semua peserta mengisi data masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui secara terperinci tentang syarat-syarat kelayakan yang diperlukan sebelum mengisi borang atas talian tersebut.

Aktiviti:-

Semua peserta hadir dan petugas memberikan pencerahan tentang cara mendaftar dan mengimbas dokumen menggunakan telefon pintar masing-masing. Tambahan, semua peserta mendaftar Tuns mengikut maklumat masing-masing. Peserta juga telah mempelajari cara untuk mengimbas, memuat naik dokumen dan mengisi maklumat atas talian.