Tarikh | : | 21, 22 & 23 Mac 2025 |
Masa | : | 9.30Pagi – 4.00Petang |
Peserta | : | 25 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Program Belajar @Nadi bertujuan menyediakan akses pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada pelajar, khususnya di kawasan kurang capaian internet, sambil menggalakkan penggunaan teknologi digital, menyokong pembelajaran kendiri dan kolaboratif, serta memperkasakan peranan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat ilmu untuk komuniti setempat.
Aktiviti:-
Program Belajar @Nadi menawarkan pelbagai aktiviti atas talian yang merangkumi semua peringkat umur, antaranya Kidventure untuk pelajar sekolah rendah yang berfokus kepada pembelajaran kreatif dan menyeronokkan, Wellbeing bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan kesejahteraan diri, Cybersecurity untuk mendidik peserta mengenai keselamatan di alam maya, serta Usahawan Digital yang memberi bimbingan dalam bidang perniagaan dan kemahiran digital. Selain itu, turut diadakan kelas bimbingan akademik, bengkel ICT, dan sesi motivasi, bagi menyokong pembangunan ilmu, sahsiah dan kemahiran peserta secara menyeluruh.