Tarikh | : | 20 April 2025 |
Masa | : | 2.00 Petang – 5.00Petang |
Peserta | : | 4 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Tujuan Program Mentor Tiny Techies ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang mahir dalam asas teknologi dan pengaturcaraan seperti penggunaan Micro:bit serta sistem elektronik asas. Program ini juga bertujuan untuk membentuk peserta menjadi mentor yang mampu membimbing rakan sebaya serta berperanan sebagai juara teknologi di peringkat pusat NADI masing-masing. Melalui program ini, peserta berpeluang mengasah kemahiran teknikal, meningkatkan keyakinan diri, dan mempersiapkan diri untuk mewakili NADI dalam pelbagai program dan pertandingan berkaitan inovasi dan digital pada masa akan datang.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Program Tiny Techies termasuklah bengkel pengenalan Micro:bit, latihan asas elektronik dan pengaturcaraan, sesi bimbingan menjadi mentor, simulasi pengajaran bersama rakan sebaya, serta aktiviti praktikal membina projek mini menggunakan sensor dan litar elektronik. Kuiz turut dijalankan.