Tarikh | : | 13 Jun 2025 |
Masa | : | 3.30 Petang – 5.00Petang |
Peserta | : | 6 Orang |
Lokasi | : | Secara Atas Talian Di NADI |
Tujuan :
Webinar “Lindungi Identiti Digital Anda” bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang cara melindungi data peribadi daripada ancaman siber. Peserta akan belajar mengenai risiko Dark Web, teknik keselamatan digital, dan menyaksikan demonstrasi serangan sebenar bagi meningkatkan keselamatan dalam dunia digital.
Aktiviti:
Semasa webinar “Lindungi Identiti Digital Anda” berlangsung, peserta akan mengikuti beberapa aktiviti seperti sesi penerangan mengenai kebocoran data dan serangan siber, kupasan isu Dark Web serta risiko digital, perkongsian teknik keselamatan LTLR (Less Target, Less Risk), demonstrasi teknik keselamatan digital secara langsung, serta contoh serangan siber sebenar. Di akhir sesi, peserta juga berpeluang untuk menyertai sesi soal jawab bersama penceramah bagi mendapatkan penjelasan lanjut.