mcmc
Laporan Aktiviti

Malicious Website

Tarikh:22 Jun 2025
Masa:2.00 Petang – 3.30Petang
Peserta:5 Orang
Lokasi:NADI Felda Palong 5

Tujuan:-

Tujuan webinar ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya laman web penipuan (malicious website) serta cara mengenal pasti dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Melalui pendedahan ini, peserta dapat melindungi maklumat peribadi dan kewangan mereka daripada dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Aktiviti:-

Antara aktiviti yang dijalankan dalam webinar ini termasuklah taklimat kesedaran keselamatan siber yang memberi penerangan tentang jenis-jenis laman web penipuan dan cara mengelakkannya. Selain itu, turut diadakan perkongsian kes penipuan sebenar sebagai pengajaran kepada peserta. Demonstrasi secara langsung turut dilakukan bagi membezakan laman web palsu dan sahih. Webinar ini juga menyediakan sesi soal jawab bersama pakar keselamatan siber bagi membolehkan peserta mendapatkan penjelasan secara langsung.