| Tarikh | : | 2 Ogos 2025 |
| Masa | : | 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
| Peserta | : | 4 Orang |
| Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan :–
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas teknologi dan pengaturcaraan dengan menggunakan Micro:bit, alat yang mesra pengguna untuk pembelajaran STEM. Ia bertujuan menanam minat terhadap inovasi teknologi sejak usia muda.
Aktiviti:–
Semasa kelas Nadi Tiny Techies Micro:bit, pelbagai aktiviti menarik dijalankan untuk memastikan peserta dapat belajar sambil berseronok. Aktiviti pertama melibatkan peserta mencipta pelbagai bentuk secara digital menggunakan Micro:bit. Mereka akan mempelajari asas pengaturcaraan melalui platform seperti MakeCode dan mencipta bentuk seperti hati, bintang, atau anak panah yang dapat dilihat pada LED paparan Micro:bit. Kuiz juga turut disediakan.
