Latar belakang:-
Puan Ruzila atau lebih dikenali Puan Ila merupakan anak generasi Kedua Felda Palong 5. Beliau asalnya menetap di Selangor dengan menjalankan perniagaan kantin di sekolah-sekolah. Beliau seorang yang periang dan selalu mengikuti aktiviiti yang dijalankan di sekitar Felda Palong 5.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Felda Palong 5:-
Pada awalnya, Pn.Ila tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada aktiviti suri rumah sahaja memandangkan beliau baru sahaja berpindah di rumah ibunya di Felda Palong 5. Beliau juga datang ke NADI untuk fotostat dan mencetak kerja-kerja sekolah anaknya dengan bantuan petugas NADI.
Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke NADI Felda Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan membuat pemasaran menggunakan media sosial. Beliau aktif bertanya kepada petugas NADI berkenaan ICT dan berkenaan perniagaan atas taliannya untuk beliau mula aktif berniaga semula.
Selain itu, beliau juga tidak mempunyai profail perniagaan untuk beliau memulakan semula perniagaannya disini. Ini kerana akan mendatangkan kesan apabila beliau mahu bekerjasama dengan jabatan dan agensi usahawan yang terlibat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Felda Palong 5:-
Selepas mengikuti kelas ICT di NADI Felda Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.
Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuat profail perniagaannya sendiri dan banyak yang dipelajari antaranya aplikasi Canva, penggunaan ChatGpt dan sebagainya.
Kini, Puan Ila sudah mula menapak di dalam bisnesnya dengan mempromosikan produk jualannya di platform FB, Whatsapp dan Tiktok. Kini, Puan Ila sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya kini.

