| Tarikh | : | 23 Februari 2026 |
| Masa | : | 3.00Petang – 5.00Petang |
| Peserta | : | 5 Orang |
| Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan :
Webinar ini dijalankan untuk memberi kesedaran tentang bahaya cybergrooming serta membantu peserta mengenal pasti taktik pemangsa siber. Program ini juga bertujuan mendidik cara melindungi diri dan menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan dalam webinar ini ialah sesi ceramah dan penerangan mengenai bahaya cybergrooming, perkongsian kes sebenar sebagai pengajaran, sesi soal jawab bersama peserta serta kuiz ringkas bagi menguji tahap kefahaman tentang keselamatan internet.
