| Tarikh | : | 14 Mac 2026 |
| Masa | : | 8.30 Pagi – 3.00 Petang |
| Peserta | : | 79 Orang |
| Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan :
Program Keusahawanan Perkhidmatan Pintar NADI diperkenalkan bagi memberi peluang kepada usahawan untuk berkembang dalam bidang perniagaan. Program ini juga menyediakan platform pemasaran yang membantu usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas. Selain itu, ia bertujuan menarik penyertaan komuniti setempat agar sama-sama terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Program ini turut menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat. Di samping itu, ia juga berperanan mengukuhkan kolaborasi bersama rakan kerjasama strategik demi manfaat bersama.
Aktiviti:
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang Program Bazar Raya NADI Felda Palong 5, termasuk pendaftaran peserta, webinar kesihatan, taklimat dan edaran Kempen Internet Selamat. Turut diadakan demonstrasi masakan sihat, demo minuman segar serta saringan kesihatan untuk komuniti. Selain itu, aktiviti seperti pertandingan cipta kad raya dan kuiz interaktif turut memeriahkan program. Pengunjung juga berpeluang melawat gerai jualan yang menawarkan pelbagai produk seperti kuih raya, kerepek, bunga hiasan dan aksesori wanita.
