Tarikh : 9/1/ 2020 Masa : 3.00 Petang Program perjumpaan bulanan oleh ahli Kemas Bengkel Jahitan Palong 5. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pertandingan puding, masakan dan jahitan. Peserta semua bertoleransi dan dapat mengeratkan silaturrahim bersama komuniti dan PEDi Palong 5. […]

Tarikh : 28 Jun 2019 Masa : 3.00 Petang Sambutan hari raya warga Bengkel Kemas Palong 4,5,6 dengan membuat rumah terbuka untuk komuniti sekitar dan sesi bersuai kenal bersama kmuniti. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.

Tarikh : 16 Mei 2019 Masa : 9.00 Pagi Ziarah ramadhan bersama ahli GPW dan warga Pejabat Felda melawat peneroka yang sakit dan memerlukan bantuan.

Tarikh : 2 Mei 2019 Masa : 9.00 Pagi Mesyuarat bulanan Ahli GPW Felda Palong 5 yang dijalankan pada setiap bulan untuk membincangkan hal ehwal semasa persatuan.

Tarikh : 19 April 2019 Masa : 8.00 Petang Program 1000 langkah bersama kakitangan pejabat Felda Palong 5 dan GPW Palong 5 bersama komunti Palong 5 dengan tujuan perapatkan silaturrahim dan kenal mengenali peneroka Palong 5.

Tarikh: 20 Dan 21 Februari 2019 Masa: 2.00PM-5.00PM Aktiviti ini diadakan untuk semua wanita dan belia di bengkel KEMAS Felda Palong 5. Semua peserta diberikan taklimat dan mempelajari cara-cara untuk membuat baju kurta.

Kelas mengaji Al-Quran yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa setiap minggu dengan disertai oleh semua ahli-ahli wanita peneroka. Mereka semua dibimbing oleh Ustazah Zabedah dan kelas diadakan di Masjid Al-Ansar Palong 5.

Tarikh: 28 Disember 2018 Masa: 2.00PM-5.00PM Aktiviti ini diadakan untuk semua wanita dan belia di bengkel KEMAS Felda Palong 5. Semua peserta diberikan taklimat dan cara-cara memasak dan mereka mula membuat secara praktikal.

Tarikh: 30 November 2018 Masa: 3.00PM-5.00PM Aktiviti ini diadakan untuk semua wanita dan belia disamping mengadakan aktiviti seperti ini. Semua peserta dikehendaki membuat nugget sayuran dan menghasilkan dengan pelbagai bentuk. Peserta sangat kreatif dan menghasilkan dengan sangat baik.

Kelas ini bertempat di Mini RTC Gemas yang membuka peluang kepada semua golongan wanita untuk mempelajari cara membuat mee kuning dengan menggunakan bahan tanpa pengawet dan memberi peluang kepada mereka untuk berniaga. Semua peserta yang terdiri dari wanita dewasa sangat […]