| Tarikh | : | 23 Ogos 2025 |
| Masa | : | 2.030 Petang – 4.30Petang |
| Peserta | : | 2 Orang |
| Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Tujuan webinar ini dianjurkan adalah untuk membantu pelajar mengenal potensi diri, memberi panduan dalam membuat pilihan kerjaya yang tepat, serta membimbing mereka merancang masa depan dengan lebih teratur. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan motivasi dan keyakinan diri agar para pelajar lebih bersemangat, berdisiplin dan berfokus dalam mencapai impian serta menghadapi cabaran kehidupan.
Aktiviti:-
Aktiviti yang dijalankan dalam webinar ini merangkumi sesi pengenalan diri untuk membantu pelajar mengenal minat dan potensi, perkongsian motivasi oleh penceramah mengenai kepentingan membina keyakinan serta disiplin belajar, panduan pemilihan kerjaya yang sesuai dengan bakat dan kecenderungan pelajar, latihan merancang masa depan melalui penetapan matlamat jangka pendek dan panjang, serta sesi soal jawab interaktif bagi memberi peluang pelajar bertanya dan mendapatkan panduan terus daripada penceramah.
