Tarikh | : | 13 Februari 2025 |
Masa | : | 11.00Pagi – 1.00Petang |
Peserta | : | 7 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Kelas ini dijalankan bagi memudahkan urusan usahawan untuk mengetahui tentang cara-cara untuk mengisi data permohonan secara atas talian. Penerangan diberikan oleh petugas dengan terperinci dan semua peserta mengisi data masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui secara terperinci tentang syarat-syarat kelayakan yang diperlukan sebelum mengisi borang atas talian tersebut.
Aktiviti:-
Semua peserta hadir dan petugas memberikan pencerahan tentang cara mendaftar dan mengimbas dokumen menggunakan telefon pintar masing-masing. Tambahan, semua peserta mendaftar Tuns mengikut maklumat masing-masing. Peserta juga telah mempelajari cara untuk mengimbas, memuat naik dokumen dan mengisi maklumat atas talian.