Sehingga 05 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, tiada kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 598 kes.
Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 kes.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 143 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 109 kesdari Kluster Sendayan dengan satu (1) kematian, 53 kes dari Kluster Rembau, dan 5 kes dari Kluster Pedas.
#COVID19
#SKMM
#PusatInternet
#PiNegeriSembilan
#PiKlusterJempol
#stayAtHome
#staySafe
