mcmc
Laporan Aktiviti

KIDSVENTURE – PELAN PERNIAGAAN MINI 2

Tarikh:24 Januari 2025
Masa:10.00 Petang – 11.30 Pagi
Peserta:3 Orang
Lokasi:NADI Felda Palong 5

Tujuan:-

Kelas KidVenture dijalankan di NADI bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan berasaskan pengalaman. Program ini membantu membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta keberanian kanak-kanak untuk mencuba perkara baharu melalui aktiviti interaktif dan kerja berkumpulan.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, meningkatkan kemahiran sosial, serta memupuk nilai kerjasama, disiplin dan kepimpinan dalam kalangan kanak-kanak. Melalui pendekatan pembelajaran yang santai dan menyeronokkan, KidVenture di NADI dapat menyokong perkembangan holistik kanak-kanak dari segi fizikal, emosi dan intelektual, selaras dengan usaha NADI melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan berkeyakinan.

Aktiviti:-

Sepanjang Kelas KidVenture yang dijalankan secara atas talian, kanak-kanak mengikuti pelbagai aktiviti interaktif seperti soal jawab, permainan digital dan tugasan kreatif secara maya. Aktiviti ini bertujuan merangsang pemikiran, meningkatkan fokus serta menggalakkan komunikasi dua hala. Sesi perbincangan ringkas turut diadakan bagi memberi ruang kepada kanak-kanak berkongsi idea dan membina keyakinan diri.

Gambar