Latar belakang:-
Encik Hashahri atau lebih dikenali sebagai Mat Lee merupakan anak generasi Kedua Felda Palong 5. Beliau menetap di Felda Palong 5 dan mempunyai 2 cahaya mata. Beliau juga sangat aktif di sekitar Felda Palong 5 dimana beliau merupakan ahli jawatankuasa Koperasi Felda Palong 5 dan sering mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid Felda Palong 5.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Felda Palong 5:-
Pada awalnya, Mat Lee memulakan perniagaannya daripada lepas tamat belajar di STPM dan beliau sangat berminat dengan berniaga kerana semua ahli keluarganya merupakan usahawan dari pelbagai jenis perniagaan antaranya kedai runcit, perkhidmatan membetulkan peti ais dan mesin basuh dan sebagainya. Jadi, minat yang mendalam mendorong beliau menjalankan perniagaan pengangkutan seperti sewa van dan lori, pengangkutan sampah di sekitar Felda Palong 5.
Namun, beliau buntu kerana tidak tahu untuk meluaskan perkhidmatan beliau dan hanya tertumpu dengan Felda Palong 5 sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer dan tidak mempunyai profail perniagaan untuk beliau memulakan semula perniagaannya disini. Ini kerana akan mendatangkan kesan apabila beliau mahu bekerjasama dengan jabatan dan agensi usahawan yang terlibat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Felda Palong 5:-
Selepas mengikuti kelas ICT di NADI Felda Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau sudah mahir menggunakan Microsoft Power Point untuk membuat slaid pembentangan, Microsoft Excel untuk penyata kewangan dan lain-lain.
Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuat profail perniagaannya sendiri dan banyak yang dipelajari antaranya aplikasi Canva, penggunaan ChatGpt dan sebagainya.
Tambahan, kini, dengan ilmu yang dipelajarinya di NADI, beliau sudah mula meluaskan perkhidmatannya di Wilayah Raja Alias dan mendapat permintaan di daerah Bera.
Kini, beliau juga telah menjadi wakil Wilayah Raja Alias Pertandingan Usahawan Felda. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasilnya kini dimana dari buangan kepada pulangan yang sangat hebat.

