mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan NADI 2025 : Siti Mastura Binti Md Desa

Latar belakang:-

Puan Mastura atau lebih dikenali dengan Puan Mas merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau sangat aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan seorang yang sangat peramah. Beliau menetap di Felda Palong 5 manakala suaminya bekerja di Melaka membuatkan Puan Mas mempunyai masa untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan disekitar Felda Palong 5.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Felda Palong 5:-

Pada awalnya, Puan Anim hadir di NADI Felda Palong 5 untuk fotostat dan memohon bantuan petugas bagi urusan persekolahan anaknya. Beliau juga sering memohon bantuan sekiranya terdapat permasalahan berkenaan dengan digital dan seorang yang ingin belajar.

Pada awalnya, beliau hanyalah suri rumah tangan dan menguruskan anaknya memandangkan suaminya yang jauh. Namun, apabila anaknya sudah masuk di asrama, beliau berasa komitmen beliau sudah bertambah dan beliau ingin menjalankan perniagaan aneka jenis kek dan perkhidmatan surprise delivery. Selepas dari itu, beliau mula mempromosikan jualanya dan atas permintaan pelanggan beliau sudah mula mengambil tempahan secara besar-besaran.

Beliau sangat bersemangat mencari idea serta sering meminta pendapat dan panduan untuk terus memulakan perniagaannya itu. Disamping itu, beliau berasa teruja kerana jualannya mendapat sambutan yang hangat pada awalnya.

Puan Mas sering mengikuti kelas-kelas ICT, kelas keusahawanan yang dianjurkan di NADI Felda Palong 5. Beliau mempelajari cara membuat ‘’copy writing’’ yang tepat, membuka akaun tiktok dan shopee serta mengikuti kelas pengiraan kos produk jualan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Felda Palong 5:-

Selepas mengikuti kelas di NADI Felda Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan melayari internet tanpa bantuan petugas NADI Felda Palong 5. Beliau juga mahir mencetak dokumen, edit gambar dan sebagainya. Tambahan, beliau sudah mahir membuat ‘’copy writing’’ sendiri dan mula membuat SSM di NADI. Beliau juga menjadi peserta mahir & sering mengikuti webinar keusahawanan yang dijalankan di NADI.

Tambahan itu, selepas mengikuti kelas keusahawanan daripada NADI Felda Palong 5, Puan Mas kini sudah mahir mempromosikan produk-produk jualannya secara atas talian. Beliau juga mahir membuat penyata kewangan syarikat sendiri dengan tanpa bantuan petugas. 

Kini, aneka kek dan perkhidmatan surprise delivery  jualannya mendapat tempat di sekitar Palong dan menjadi pendapatan utama apabila suaminya berhenti kerja untuk meluaskan pasaran keknya. Beliau kini menjual aneka keknya di bazar apabila bulan Ramadhan dan mendapat sambutan yang memberansangkan.

Kini, Puan Mas berasa sangat gembira kerana NADI Felda Palong 5 banyak memudahkan urusannya dan banyak yang beliau dapat pelajari dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di NADI Felda Palong 5. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasil jualannya kini.