mcmc
Laporan Aktiviti

Mahir Masak: Portuguese Egg Tart

Tarikh:06 Mac 2026
Masa:9.30 Pagi – 11.00 Pagi
Peserta:4 Orang
Lokasi:NADI Felda Palong 5

Tujuan :

Tujuan kelas Mahiran Masak Portuguese Egg Tart ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penyediaan dan teknik membuat Portuguese Egg Tart dengan betul, di samping meningkatkan kemahiran memasak serta memberi idea hidangan yang sesuai untuk juadah berbuka puasa dan jamuan rumah terbuka Hari Raya.

Aktiviti:


Antara aktiviti yang dijalankan dalam kelas ini ialah penerangan ringkas mengenai bahan-bahan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan Portuguese Egg Tart. Seterusnya, tenaga pengajar akan menunjukkan demonstrasi cara penyediaan bermula daripada penyediaan doh, penyediaan inti kastard sehingga proses membakar tart. Peserta juga berpeluang menjalankan aktiviti praktikal dengan mencuba sendiri cara membuat Portuguese Egg Tart. Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian tips serta soal jawab bagi membantu peserta memahami teknik penyediaan dengan lebih baik. Di akhir kelas, peserta dapat melihat dan menikmati hasil tart yang telah siap dibakar.

Gambar