NADI Felda Palong 5 adalah bertempat di Wisma Belia Felda Palong 5,73430 Bandar Palong 4,5,6 Gemas Negeri Sembilan. NADI Felda Palong 5 Palong 5 turut menjadi tumpuan penduduk Felda Palong 4 dan juga 6.Ini kerana Penduduk Felda Palong 4,5 dan 6 duduk berkelompok.Terdapat 1504 orang peneroka menetap di Felda Palong 4,5 dan 6.
Oleh kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat NADI Felda Palong 5 telah menganjurkan banyak aktiviti yang memberi maafaat kepada mereka bermula dari mereka yang bersekolah di taska hinggalah kepada peneroka dan penerokwati di sini.
NADI Felda Palong 5 adalah di bawah jagaan Cik Ana Mohd Shukor sebagai Pengurus dan Puan Nor Farezzah Binti Pathmin sebagai Penolong Pengurus.Sebelum bertugas sebagai pengurus dan penolong pengurus NADI,MSD Intellegence Sdn Bhd akan memastikan semua petugas bersedia berkhidmat untuk masyarakat dengan menyediakan latihan intensif untuk mereka selama 2 minggu dan turut disusuli dengan latihan dan kursus lain bagi memastikan mereka mampu melaksanakan matlamat penubuhan sesebuah PEDi.
TUJUAN/MATLAMAT PENUBUHAN NADI
1.Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
2.Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
3.Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
4.Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI NADI
Perkhidmatan yang disediakan adalah:
Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar
Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian Perkhidmatan pencetak
Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.
PENDEDAHAN KOMPUTER DAN INTERNET KEPADA PENEROKA FELDA PALONG 5
Usia bukan penghalang untuk bersama-sama datang menghadiri kelas yang dijalankan di NADI FELDA PALONG 5.Selagi Allah memberi nafas kepada kami petugas Pusat Internet selagi itu matlamat Pusat Internet akan dilaksanakan bagi membantu masyarakat setempat Felda Palong 5 dan tidak ketinggalan juga untuk penduduk Felda Palong 4 dan 6.
JUMLAH KEAHLIAN NADI FELDA PALONG 5
PEDi Palong 5 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2014. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Palong 5 bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
Keseluruhan Ahli Pada 2023 | 1140 |
LAMAN PORTAL KAMI
http://feldapalong5.pjk.com.my/
MAKLUMAT PETUGAS
- PENGURUS
- Cik Ana Binti Mohd Shukor (013-6732863)
- Tarikh Berkhidmat : 3 September 2014
- PENOLONG PENGURUS
- Puan Nor Farezzah Binti Pathmin (012-9173047)
- Tarikh Berkhidmat: 4 September 2015
ALAMAT NADI FELDA PALONG 5
NADI FELDA PALONG 5
WISMA BELIA PALONG 5,
PUSAT BANDAR PALONG 4,5,6,
73430 GEMAS,NEGERI SEMBILAN