Tarikh | : | 18 Januari 2025 |
Masa | : | 3.000Petang – 4.30Petang |
Peserta | : | 2 Orang |
Lokasi | : | Secara Atas Talian Di NADI |
Tujuan :
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang pelbagai ancaman siber yang boleh menjejaskan perniagaan dalam dunia digital. Ini termasuk penipuan, pencerobohan akaun, dan serangan malware yang boleh menggugat keselamatan data dan transaksi. Tambahan, mengajar cara-cara untuk melakukan transaksi kewangan secara selamat, termasuk penggunaan platform pembayaran yang sah, sistem pengesahan, dan prosedur untuk mengelakkan penipuan dalam transaksi e-dagang.
Aktiviti:
Pembentangan kes-kes nyata tentang perniagaan yang telah terjejas oleh serangan siber dan perbincangan tentang langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan perniagaan tersebut. Penceramah menunjukkan cara menggunakan perisian antivirus, enkripsi data, dan firewall untuk melindungi maklumat perniagaan dalam talian. Sesi Q&A dijalankan dan pelbagai pengalaman dikongsikan.