Tarikh | : | 10 Mei 2025 |
Masa | : | 10.00AM – 11.00AM |
Peserta | : | 6 Orang |
Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Tujuan program NADI x KidVenture melalui webinar “Pelan Perniagaan Pertama Saya” adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja tentang asas keusahawanan, membina idea niaga, serta memahami komponen pelan perniagaan secara mudah dan interaktif.
Aktiviti:-
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program NADI x KidVenture termasuklah pengenalan asas pelan perniagaan secara interaktif, aktiviti melakar idea perniagaan sendiri, latihan mengenal pelanggan sasaran dan produk, sesi kuiz serta soal jawab bersama penceramah, dan pembentangan ringkas idea perniagaan oleh peserta terpilih.