PERTANIAN
Felda palong 5 sememangnya merupakan kawasan pertanian yang besar.Ini kerana ia bergabung dengan Felda Palong 4 dan juga 6.Pertanian yang mereka usakan adalah kelapa sawit dan getah.Pertanian merupakan mata pencarian utama penduduk di sini sejak dari awal penubuhan Felda.Namun pertanian di sini bermula dengan tanaman getah dan diperbaharui dengan tanaman kelapa sawit.
(Peneroka Felda mengusahakan tanaman getah pada awal penubuhan Felda)
(Peruasahaan kelapa sawit diperkenalkan selepas perusahaan getah)
PERUSAHAAN PERTANIAN OLEH GENERASI KEDUA FELDA PALONG 4
Disebabkan sektor pertanian merupakan sektor yang giat dijalankan di kawasan Felda terdapat seorang anak peneroka Felda Palong 4 telah mengambil peluang untuk menjalankan penanaman cili dan menjadikan ianya sebagai punca utama mata pencarian beliau.Beliau merupakan pelajar lepasan diploma Sains Komputer UITM dan berumur 23 tahun.Walaupun menceburi bidang yang berlainan semasa belajar dahulu beliau bertekad untuk terus menceburi bidang pertanian.Melalui kemahiran komputer yang dimiliki beliau memasarkan sendiri produk cili yang beliau usahakan melalui laman sosial.Bukan itu sahaja beliau juga sering diundang oleh institut-institut kerajaan dan swasta untuk memberi taklimat mengenai pertanian.
Kawasan Perusahaan Cili
Menerima Kunjungan Daripada Badan Kerajaan