mcmc
Laporan Aktiviti

Program Cuti Sekolah @NADI

Tarikh22 Disember 2025
 Masa:10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
 Peserta:15 Orang
 Lokasi:NADI Felda Palong 5

Tujuan:-

Program Cuti Sekolah @NADI dilaksanakan bagi mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah, meningkatkan literasi digital dan kemahiran insaniah, merangsang kreativiti serta menyokong perkembangan sahsiah dan kesejahteraan pelajar selaras dengan peranan NADI sebagai pusat pembangunan komuniti.

Aktiviti:-

Aktiviti yang dijalankan sempena Program Cuti Sekolah @NADI merangkumi kelas tuisyen rakyat, aktiviti STEM dan sains, pendedahan robotik (Tiny Techies), pertandingan fotografi dan videografi, edusiber & keselamatan siber, e-sukan (eFootball), eKelas kandungan AI kanak-kanak, Kempen Internet Selamat (KIS), program Kidventure serta sesi NADI Care melalui webinar atau podcast, bagi memberi pengalaman pembelajaran interaktif dan menyeronokkan di NADI.

Gambar