| Tarikh | : | 07 September 2025 |
| Masa | : | 10.00 Pagi – 4.00Petang |
| Peserta | : | 30 Orang |
| Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Tujuan program Merdeka & Hari Malaysia @NADI ini dijalankan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, mengukuhkan perpaduan komuniti setempat, memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat komuniti digital yang mendekatkan rakyat dengan teknologi, serta menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat yang dapat mendidik, menghibur dan menyatukan semua lapisan masyarakat sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Aktiviti:-
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang program Merdeka & Hari Malaysia @NADI, antaranya ialah pertandingan dekorasi kek bertemakan Jalur Gemilang, pertandingan mewarna kipas tangan khusus untuk pelajar sekolah, pertandingan jigsaw puzzle sempena sambutan Merdeka ke-68, saringan kesihatan percuma untuk masyarakat setempat, tayangan wayang pacak filem patriotik Lahad Datu, kelas kesedaran e-sukan yang melibatkan pelajar sekolah menengah, kuiz Merdeka dan Hari Malaysia, serta sesi siaran langsung bersama YB Menteri Komunikasi.
