Sehingga 07 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kekal sebanyak 600 kes.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan (8) kes.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 143 kes positif Covid-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 109 kes dari Kluster Sendayan dengan satu (1) kematian, 53 kes dari Kluster Rembau, dan 7 kes dari Kluster Pedas.
#COVID19
#SKMM
#PusatInternet
#PiNegeriSembilan
#PiKlusterJempol
#stayAtHome
#staySafe
