Sehingga 08 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat 53 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 653 kes. Dari jumlah kes baru tersebut, sebanyak 52 kes merupakan kes dari KLUSTER PEDAS.
Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 kes.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 143 kes positif Covid-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 109 kes dari Kluster Sendayan dengan 1 kematian, 59 kes dari Kluster Pedas dan 53 kes dari Kluster Rembau.
#COVID19
#SKMM
#PusatInternet
#PiNegeriSembilan
#PiKlusterJempol
#stayAtHome
#staySafe
