mcmc
Maklumat Setempat

Status Covid-19 Di Negeri Sembilan Pada 11 Jun 2020

Sehingga 11 Jun 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat 16 KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 927 kes.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 275 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 112 kes dari Kluster Sendayan dengan satu (1) kematian.

Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan (8) kes.

#covid19
#dudukrumah
#stayathome
#mcmc
#pusatinternet