mcmc
Maklumat Setempat

Status Covid-19 Di Negeri Sembilan Pada 17 Mei 2020

Sehingga 17 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, tiada kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kekal sebanyak 776 kes.

Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 161 kes positif Covid-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 111 kes dari Kluster Sendayan dengan 1 kematian.

Tiada kes kematian baru berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 kes.

#COVID19
#SKMM
#PusatInternet
#PiNegeriSembilan
#PiKlusterJempol
#stayAtHome
#staySafe