mcmc
Maklumat Setempat

Status Covid-19 Di Negeri Sembilan Pada 18 Jun 2020

Sehingga 18 Jun 2020, jam 12.00 tengah hari, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 994 kes.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 297 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 112 kes dari Kluster Sendayan dengan satu (1) kematian.

Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan (8) kes.

Peta digunakan untuk program pengurangan risiko daerah, hanya mengambil kira kes dari tempoh 14 hari terakhir yang berlaku di kawasan lokal. Kes selepas 14 hari tidak diambil kira kerana tidak lagi mempunyai keupayaan menjangkiti orang lain.

#covid19
#dudukrumah
#stayathome
#mcmc
#pusatinternet