mcmc
Maklumat Setempat

Status Covid-19 Di Negeri Sembilan Pada 21 Mei 2020

Sehingga 21 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat DUA (2) KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 778 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 161 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 112 kes dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN.

Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak LAPAN (8) kes.