Sehingga 30 Mei 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat EMPAT (4) KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 856 kes.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 219 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 112 kes dari Kluster Sendayan dengan satu (1) kematian.
Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan (8) kes.
#COVID19
#SKMM
#PusatInternet
#PiNegeriSembilan
#PiKlusterJempol
#stayAtHome
#staySafe
