mcmc
Maklumat Setempat

Status Covid-19 Di Negeri Sembilan Pada 5 Jun 2020

Sehingga 5 Jun 2020, jam 12.00 tengah hari, TIADA KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal sebanyak 905 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 255 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 kes dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 112 kes dari Kluster Sendayan dengan satu (1) kematian.

Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan (8) kes.