mcmc
Maklumat Setempat

Status Covid-19 Di Negeri Sembilan Sehingga 23 November 2020

SITUASI COVID-19 DI NEGERI SEMBILAN
(23 NOVEMBER 2020 @ 12.00 Tengah Hari)
Sehingga 23 November 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat 41 KES BARU Positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 3,985 kes. Dari jumlah tersebut, 3,225 kes telah sembuh dan discaj, 752 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan (8) kes telah meninggal dunia.
Dari jumlah tersebut, sebanyak 1,327 kes positif COVID-19 adalah merupakan dari KLUSTER CERGAS, 547 kes dari KLUSTER KAYA, 266 kes dari KLUSTER LENGKUK, 61 kes dari KLUSTER TAMAN BUNGA, 40 kes dari KLUSTER JERNIH, 28 kes dari KLUSTER BAKTI dan 21 kes dari KLUSTER OAD.
Definisi kes di dalam laporan ini diklasifikasikan seperti berikut:
a) Kes Tempatan
b) Kes Import A (Luar Negara)
c) Kes Import B (Merentasi Negeri – mendapat jangkitan di negeri lain).
d) Kes Import C (Merentasi Daerah – mendapat jangkitan di daerah lain).
Terdapat 1,620 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).