| Tarikh | : | 19 April 2025 |
| Masa | : | 10.00AM – 11.00AM |
| Peserta | : | 6 Orang |
| Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Tujuan utama taklimat atas talian bertajuk “Scam 3 Serangkai: Call, SMS & TAC” ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahaya penipuan dalam talian yang semakin berleluasa melalui panggilan palsu, SMS tipu dan kecurian kod TAC. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang taktik yang digunakan oleh penipu siber serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan mereka.
Aktiviti:-
Aktiviti merangkumi penerangan ringkas tentang taktik scam seperti panggilan palsu, SMS tipu dan kecurian TAC, perkongsian kes sebenar sebagai pengajaran, sesi soal jawab bersama peserta untuk kefahaman lebih mendalam, serta pendaftaran kehadiran melalui imbasan kod QR secara atas talian.
