| Tarikh | : | 22 Oktober 2025 |
| Masa | : | 10.00 Pagi – 1.00 Petang |
| Peserta | : | 7 Orang |
| Lokasi | : | NADI Felda Palong 5 |
Tujuan:-
Program Wellbeing Flourisher bertujuan meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi komuniti setempat. Melalui saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula, BMI dan kesihatan mental asas, peserta mendapat gambaran awal tahap kesihatan mereka. Program ini juga memberi panduan gaya hidup sihat dan sokongan komuniti ke arah membentuk masyarakat yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program Wellbeing Flourisher di NADI Felda Palong termasuk saringan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan indeks jisim badan (BMI). Peserta juga menerima konsultasi kesihatan serta nasihat gaya hidup sihat daripada petugas kesihatan.
